Pada entri kali ini,
saya ingin berkongsi sedikit mengenai kata-kata indah yang terdapat dalam
sebuah filem pendek. Filem pendek ini bertajuk “Sepetang di Kafe Biblioholic”.
Filem pendek ini merupakan adaptasi daripada novel karya Ainunl Muaiyanah Sulaiman yang diterbitkan oleh Terminal Creative
Production. Namun, filem pendek ini hanya bersiaran pada tarikh 21-22 Mei 2020
sahaja. Antara kata-kata indah itu ialah:-
- Kopi dan gula seperi cinta dalam hati. Bagaimana nak pisahkan cinta dalam hati, Kamellia? (Umair)
- Setiap penulis yang menulis, dia akan menulis balik tentang dirinya. Menulis kembali pandangan hidupnya. (Redza)
- Buku dan sastera bukan milik orang sastera sahaja. Kesukaan membaca milik sesiapa. Tiada had eksklusif. (Redza)
- Warna waktu senja adalah warna kenangan. (Redza)
- Warna senja selalu menimbulkan perasaan yang aneh-aneh. Saya sangat suka perasaan itu apabila cahaya dibawa lari oleh kegelapan. (Redza)
- Tapi sesekali bacalah karya penyair luar. Bukan soal bahasa asing atau tidak. Tapi soal awak menghargai sastera itu sendiri. (Redza)
- Mengenang kenangan kadang-kadang begitu melukakan. Dan dalam menyimpan kenangan lama, mungkin ada baik mencipta kenangan baru. (Redza)
- Sastera dan membaca itu seperti pintu kehidupan. Kita membaca manusia dan melihat diri kita dalam bahan bacaan yang kita baca. (Redza)
Harapan saya semoga bidang sastera di negara kita
semakin terus maju dan mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda.




Ulasan
Catat Ulasan