Pakaian tradisional



        Pada zaman kini, dapat dilihat pakaian sudah menjadi lambang kemasyhuran sama ada pada seseorang individu mahupun sesuatu bangsa. Kadangkala, pakaian juga menunjukkan tingginya darjat seseorang itu. Tamsilnya, kerabat diraja dan bangsawan pakaian mereka dilihat ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan marhaen.

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai jenis pakaian dihasilkan seperti kemeja, gaun, t-shirt, blazer dan sebagainya. Meskipun terdapat pelbagai jenis pakaian yang dihasilkan, pakaian tradisional tidak seharusnya dilupakan sebegitu sahaja. Hal ini kerana, pakaian tradisional menunjukkan kekreatifan dan keistimewaan serta warisan agung sesuatu bangsa.

Oleh itu, pada entri kali ini ingin saya kongsikan secara ringkas tentang gambaran dan jenis-jenis pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia. 

Pakaian tradisional kaum Melayu:

1) Baju Melayu
Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu Teluk Belanga

2) Baju Kurung 

Baju Kurung Pahang


Baju Kurung Kedah

3) Baju Kebaya



Pakaian tradisional kaum Cina:

1)   Sam Foo


2) Cheongsam


Pakaian tradisional kaum India:

1) Dhoti


2) Sari


Pakaian tradisional etnik di Sarawak:

1) Kaum Iban


2) Kaum Ulu


3) Kaum Bidayuh


4) Kaum Melanau


Pakaian tradisional etnik di Sabah:

1) Kaum Bajau


Image result for pakaian kaum bajau

2) Kaum Kadazan

Image result for pakaian kaum kadazan

3) Kaum Murut

Image result for pakaian kaum murut

4) Kaum Rungus

Image result for pakaian kaum rungus


          Inilah pakaian tradisional di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bentuk, corak, dan warna. Sungguh indah dan menarik bukan?

          Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengangkat martabat pakaian tradisional ke seantero dunia. Hal ini bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan bangsa yang terdapat di Malaysia. Saya juga berharap agar pakaian tradisional ini sentiasa dipakai oleh generasi muda pada masa kini agar “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Sebagai penyudah bicara, saya sertakan serangkap pantun daripada Cikgu Rodhiah yang berkaitan dengan pakaian tradisional.

Berbaju cahaya seri purnama,
Tarikan berseli mengindah tanaman;
Cheongsam, kebaya, sari bersama,
Pakaian tradisi zaman berzaman.









    


Ulasan