Bila sebut je ayam kampung, aku teringat peristiwa yang berlaku pada hari ini. Sungguh aku tak jangka. Haha. Rasa bangga pula dengan diri sendiri. Tapi, tahap yang aku capai tu, biasa-biasa saja. Tak boleh lawan skill mak aku lagi. Huhu. Pada hari yang bersejarah ini, dapat juga aku mempraktikkan apa yang aku lihat selama ini daripada mak. Terima kasih mak. Boleh kahwin dah kan ? Okay, gurau je. Haha. Jangan ambil serius.
Nak tau tak cerita tu? Okay, aku mulakan. Alkisahnya, ayah aku dah sembelih seekor ayam kampung peliharaan kami. Tapi, aku hanya mampu pandang ayam kampung tu tanpa berbuat apa-apa langsung. Ish ish ish... Teruk kan? Haha. Aku memutuskan untuk menunggu mak balik daripada kerja disebabkan aku malas nak cabut bulu ayam tu seorang diri. Tetapi, bila aku pandang ayam kampung tu sekali lagi, aku rasa tak elok tangguhkan benda yang baik. Haha. Macam bila nampak kerja sekolah depan mata, tak akan nak tangguh pula kan? Bila suka bertangguh itu petanda menuju ke arah kemalasan. Zzaapp... Kena balik kat diri sendiri. Haha.
Sebelum mula mencabut bulu ayam kampung, aku jerang air sehingga mendidih. Lepas air tu dah masak, aku terus tuangkan ke dalam bekas kosong. Bermulalah aksiku main celup-celup ayam dalam bekas tu. Macam tengah makan jajan celup coklat gitu. Okay, nak bagi tips ni daripada mak aku. Kalau ayam kampung tu, jangan rendam terlalu lama sangat dalam air panas. Nanti bila tengah syok cabut bulu dia, kulit ayam pun ikut tercabut sekali. Kesian ayam tu tak ada baju sebab kulit dah tercabut. Haha. Rendam dalam masa satu hingga dua minit cukup.
Selesai cabut bulu ayam seorang diri, aku memutuskan sekali lagi untuk membiarkan mak aku yang memotong ayam tu menjadi bahagian yang lebih kecil. Tetapi, aku terpandang lagi ayam kampung tu. Ulang sekali lagi, ter terpandang. Haha. Jadi, aku pun rasa macam tak boleh tangguh lagi nak potong ayam ni. Aku pun cabarlah diri potong ayam tu sendiri tanpa bantuan sesiapa. Lalu, aku mulakan dengan membelah bahagian perut ayam. Buanglah segala lemak tepu dengan organ dalaman ayam serta memotong kepala dan kaki ayam kampung tersebut.
Ketika aku mula hendak memotong bahagian badan ayam, aku terbungkam dan terkaku seketika. Terdiam dan termenung lama. Jenuh memerah otak untuk fikir cara memotong ayam tu. Bila aku gali balik dalam-dalam memori aku, baru teringat rupanya otak aku tak pernah sekali pun dapat maklumat tentang itu sebab mata aku tak merakam aksi mak aku potong bahagian badan ayam pun. Okay, rasa menyesal jugalah sebab tak dapat habiskan aksi ini sehingga habis. Huarghh... Akhirnya, aku pun memberi ayam kampung tersebut kepada mak aku untuk dipotong. Sekian.
Sebenarnya, cerita ayam kampung ni boleh dijadikan analogi untuk kisah aku ketika zaman SPM dulu. Waktu itu aku sedang buat latihan add math tajuk apa tak ingat. Aku jawab soalan sambil tersenyum macam kerang busuk sebab soalan mudah macam tengah syok cabut bulu-bulu ayam gitu. Tapi, bila sampai soalan tahap yang susah aku terus jadi dungu. Tak tau nak jawab soalan tu macam mana sebab aku memang tak ingat cara dia sama macam aku tak tau nak potong bahagian badan ayam tu. Jadi, soalan yang susah tu aku abaikan sampai lupa nak buat. Hah... Jangan tiru aksi aku ni.
Rugi...
Kesimpulannya, janganlah nak buat sesuatu ambil yang mudah je, tak nak ambil yang susah. Bila dah terbiasa buat benda senang, dapat yang susah sikit terus mengalah tanpa mencuba dahulu. Biasakan diri dengan melakukan perkara yang sukar, insyaAllah perkara tersebut lama kelamaan menjadi mudah. Bak kata pepatah Melayu, alah bisa tegal biasa.

Hi. Saya singgah sini.. terima kasih pernah singgah ke blog saya - www.sofinahlamudin.com
BalasPadamHehe... sama-sama
Padam